Tahun
Baru Lunar adalah sebuah perayaan utama dalam kalangan masyarakat Cina
di Malaysia dan seluruh dunia. Bagi tahun 2023 ini, Arnab telah diangkat
sebagai haiwan yang menjadi kebanggaan pada tahun baharu ini. Selain
menjadi lambang umur panjang, keamanan, dan kemakmuran budaya masyarakat
cina, Tahun Baharu Cina yang bermula daripada 22 Januari 2023 dan
melabuhkan tirainya pada 9 Februari 2023 menjadi tahun harapan bagi
seluruh masyarakat beragama budha.
Mengikut
mitologi Cina hubungan arnab dengan bulan telah mencipta tanda yang
mementingkan kecantikan. Mereka adalah makhluk sensitif yang sangat
mementingkan kedamaian dan ketenangan. Tahun Baru ini juga dikatakan
tanda yang menunjukkan umur panjang dan keberuntungan. Malahan dikatakan
tekun, berbakat dan bercita-cita tinggi.
Tahun
Baru Cina juga dianggap sebagai detik permulaan kehidupan dan titik
permulaan penentuan nasib seseorang dalam menjalani kehidupan yang akan
datang.
.png)
Jenama
pengeluar mi segera VIT’S, yang telah bertapak di Malaysia sejak 47
tahun yang telah memperkenalkan inovasi produk baharu. VIT’s telah
menjadi perhatian umum dan menjadi salah satu kegemaran mi kering yang
popular di seluruh Negara. Antara produk yang dikeluarkan oleh VIT’S
antaranya, Mi Goreng Italian berperisa Bolognese, Aglio Olio dan
Carbonara yang mendapat sambutan hangat di pasaran.
Selain
dari itu juga VIT’S memperkenalkan produk Fresh Pan Mi sempena perayaan
Tahun Baru Cina ini. Pan Mi ini merupakan makanan yang digemari oleh
masyarakat cina. Mi diuli dengan menggunakan tangan atau jalur biasa mi
dan ditekan oleh mesin dengan tekstur enak tidak seperti pasta Itali.
Jenis
yang popular di Lembah Klang dikenali sebagai "Pan Mi Cili". Pan mi
yang dihidangkan dengan daging cincang, telur rebus, ikan bilis goreng
dan emping cili goreng yang ditambah sebagai perasa. Pan Mi Cili
disertai dengan semangkuk sup jernih dengan sayur-sayuran berdaun.
Dalam
pada itu, sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina kali ini juga,
VIT’S ingin mengambil peluang untuk menjemput orang ramai menyertai Peraduan Kongsi dan Menang Food Hunting VIT’S dan anda bakal memenangi pelbagai hadiah hadiah menarik.
“Kami
amat teruja untuk kembali menganjurkan peraduan Tahun Baru Cina ini
buat para pengguna kami dan menawarkan mereka peluang untuk memenangi
hadiah menarik. Ini merupakan antara inisiatif kami untuk terus
menyokong para pengguna kami, selain merakamkan penghargaan atas
sokongan orang ramai terhadap VIT’s.” Kata Pengarah Eksekutif Encik YT
Lai, Vit Makanan (Kuala Lumpur).
Peraduan bermula pada 14 Januari 2023 sehingga 15 Februari 2023. Langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut :
1) Siarkan menu atau memori suasana anda sewaktu sedang Food Hunting
dalam bentuk gambar atau video bersama makanan atau menu yang
menghubungkan anda dengan masyarakat cina seperti bersama menu dimsum,
limau mandarin atau bersama Pan Mee VIT’S.
2) Masukkan Hashtag #foodhuntingvits #tahunbarubersamaVITS #vitspanmee
3) Tag akaun media sosial VIT’S
4) Pastikan akaun media sosial anda tidak dalam “mode private”
Anda semua boleh menyertai Peraduan Kongsi dan Menang iaitu “Food Hunting VIT’S” dan memenangi hadiah menarik. Pelbagai hadiah menarik yang disediakan. Tarikh tutup penyertaan pada 15 Februari 2023.
Untuk penyertaan, sila layari video di bawah
https://www.youtube.com/watch?v=mJkbT0EZ-vk